Honey Prawns

Salam dan bertemu kembali. Hari ni saya masak honey prawns. Biasanya kalau lauk udang mesti pening sikit kepala ni…bukannya apa, susah nak menggayakannya. Maklumlah udang ni kalau di goreng je pun dah sedap…..yang penting udang tu mestilah baru dan segar. Resepi asal adalah dari rumah Dayang Jack… dan ada juga di rumah Kak Ummi…..minta izin C&P kat sini ya akak berdua.


Bahan-Bahan.

*400 gm udang basah (digoreng sehingga masak)
*1 labu bawang besar*
*1 biji cili merah*
*3 ulas bawang putih*
*1 sk rempah 5(tak letak)
*2 sudu makan sos cili
*3 biji cili padi (diketuk)
*1/2 sudu makan kicap pekat
*1 sdt sos tiram
*2 sudu makan jus lemon
*3 sudu makan madu (dibancuh dgn sedikit air)
*sedikit daun ketumbar (dihiris)
*lain-lain bahan hirisan jika suka : cili merah, daun bawang, capsicum

Cara-cara

  1. Kisar bahan2 bertanda *. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar dan rempah 5 hingga naik bau.
  2. Masukkan sos cili, kicap pekat, sos tiram dan cili padi. Kacau lagi. Boleh tambah air sedikit.
  3. Masukkan udang yang telah digoreng tadi dan gaulkan. Kemudian masukkan madu, jus lemon dan daun ketumbar. Kacau hingga kuahnya pekat.
  4. Akhir sekali masukkan bahan2 hirisan yang lain. Hidangkan setelah masak.
/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017