Daging Hitam Berempah Madu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya. Hari ni saya nak letak resepi lauk yg saya masak tengahari tadi iaitu daging hitam berempah madu. Lauk ni sesuai sangat di makan bersama nasi putih hangat. Terima kasih kepada Kak Ummi kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Kalau dekat maunya nak bagi akak rasa hasil masakkan Yatie ni…sedap sangat kak lauk ni. Sepeti biasa izinkan Yatie C&P resepinya di sini ya….biar senang anak2 atau kawan2 yg teringin nak masak lauk seperti ini.


Bahan-Bahan

  • 500 gm daging batang pinang – dihiris nipis
  • 2 batang serai – diketuk
  • 1 inci halia – diketuk
  • air secukupnya
  • 2 sb. rempah kari daging
  • 1 sb. rempah kurma
  • 1 st. serbuk ketumbar
  • 4 sb. kicap pekat manis
  • 1 sb. serbuk cili kering (yg kasar2)
  • 1 sb. sos Honey BBQ Blackpepper (gambar di bawah/brand lain pn boleh)
  • 1 st. cuka
  • 3 sb. madu
  • 1 st. gula (optional)
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis

Bahan Tumbuk:-

  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm halia

Cara Memasak:-

  1. Daging direbus dengan air secukupnya dan masukkan serai dan halia yang diketuk. Rebus hingga empuk. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk hingga wangi dengan api sederhana.
  3. Masukkan serbuk kari daging, serbuk kurma, serbuk cili kering, serbuk ketumbar dan serai yang direbus bersama daging tadi. Kacau sebentar.
  4. Masukkan daging dan kacau balik rata-rata.
  5. Tambah kicap pekat manis, cuka, sos honey BBQ, madu dan garam secukup rasa.
  6. Tambah sedikit air jika terlalu kering. Masak hingga rempah meresap dan naik berminyak.
  7. Seimbangkan rasa dan tutup api. Hidangkan dengan nasi putih atau nasi minyak. Selamat Mencuba!!!
/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017