Kuah Kacang Daging

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini saya masak nasi impit dan kuah kacang bersama daging. Resepi asal adalah kuah kacang bersama ayam, tapi saja saya tukar sbb saya dah rebus daging di dapur….jadi terpaksalah ditukar bahan asalnya. Resepi ni saya dapat dari rakan di FB iaitu Noraini Chikni…mmng sedap sangat kuah kacang ni bila di makan bersama nasi impit. Kalau di Malaysia, saya rebus je ketupat adabi….di sini saya masak nasi impit sendiri. Alhamdulillah mmng sedap kuah kacang ni. Mari kita lihat bahan2 yg di perlukan. Minta maaflah sebab saya ada tokok tambah sedikit ikut citarasa sendiri.



Bahan-bahan:

  • 300gm kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit
  • 1 kilo daging dipotong kecil
  • 1/2 cwn minyak utk menumis
  • Sedikt air asam jawa
  • 3 sudu besar gula merah
  • 3 sudu besar gula pasir
  • garam secukup rasa
  • 1 cwn santan pekat
  • 2 cwn air-anggaran

Bahan Dikisar:

  • 2 batang serai
  • 3 inci lengkuas
  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 cwn cili kering kisar
  • 1 sudu besar udang kering
  • sedikit belacan

Cara-cara:

  1. Rebus daging hingga empuk dan toskan airnya.
  2. Kisar kacang tanah. Sebahagian besar dikisar halus, sebahagian kecil dikisar kasar.
  3. Tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau dan agak masak.
  4. Masukkan air asam jawa. Kacau dan tuangkan air. Biarkan mendidih sambil
  5. dikacau sekali-sekala.
  6. Masukkan kacang tanah, gula dan garam.
  7. Kemudian masukkan daging yg di rebus tadi.
  8. Biar terus menggelegak dengan dikacau sekali-sekala sehingga daging empuk dan sebati. Jangan risau sekiranya kuah kelihatan cair kerana lama-kelamaan ia akan pekat.
  9. Rasa dan tambah garam, gula dan masamnya jika perlu. ( me n my hubby klu kuah kacang nie suka rasa manis2 sikit…pedas2 manis lah gitu…)
/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017