Sloppy Joe

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni saya masak daging cincang ala2 sloppy Joe. Dah lama teringin nak masak mcm ni sbb bnyk stok daging cincang. Kenapa namanya sloppy Joe, saya pun tak tahu….kenalah tanya tuan punya resepi ya. Resepi ni saya ambil dari blog Hana dan Hana pula ambil dari MamaFami. Terima kasih ya Hana resepi yg ringkas dan sedap ni. Saya C&P di sini pulak ya.



Bahan-bahan

  • 450g daging kisar
  • 2 ulas bawang putih – cincang
  • 1/4 cawan bawang besar – cincang
  • 1/4 cawan carrot – cincang
  • 1 sudu teh mustard
  • 3/4 cawan sos tomato
  • 3 sudu teh gula perang
  • garam secukup rasa
  • 1 s/k blackpepper

Cara-cara

  1. Panaskan minyak. Masukkan bawang putih dan bawang besar. Goreng hingga layu.. Masukkan daging dan juga carrot. Masak hingga kering.
  2. Masukkan sos tomato, mustard dan gula perang. Masak sebentar. Perisakan dengan garam dan juga blackpepper. Matikan api.
  3. Belah tengah roti hotdog,(saya sapu sedikit mayonis) masukkan daging tadi. Enjoy!!
/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017