Sup Tulang Hadnyai

Salam dan bertemu kembali. Ini pula menu sup tulang hadnyai. Resepi asal menggunakan ayam dan saya tukar pula pada daging/tulang…mmng lagi sedap. Resepi asal boleh di lihat di sini.


BAHAN – BAHANNYA

  • 800 gm tulang/daging
  • 5 batang serai, dititik
  • 7 cm lengkuas, diketuk
  • 2 batang saleri, dikerat2
  • 2 biji tomato, belah 4 setiap satu (resipi asal tak letak)
  • 5 – 6 cawan air (atau secukupnya)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 kuntum bunga lawang#
  • 5 biji buah pelaga#
  • 3 kuntum bunga cengkih#
  • 1 batang kayu manis#(#rempah tumis)
  • 5 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3-4 biji cili padi*
  • 4 cm halia*
  • 1 camca teh lada hitam(resipi asal tak letak)*
  • 2 camca besar ketumbar*
  • 1 camca teh jintan kasar*
  • 1 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)
  • Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasan
  • Bawang goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA

  1. Daging di bersihkan, cuci dan toskan. Rebus sehingga empuk.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis rempah tumis, serai, lengkuas dan bahan kisar halus hingga harum.
  3. Masukkan tulang/daging tadi dan gaul rata. Masak hingga daging kecut kurang lebih 5 minit.
  4. Tuang air dan masukkan saleri. Gaul rata dan renih hingga daging masak.
  5. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula sebagai pemangkin.
  6. Akhir sekali masukkan tomato dan masak 1 – 2 minit lagi.
  7. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  8. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sedap juga dihirup begitu saja…..
/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017