Daging Tomato Pandan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Harap anda semua baik2 saja. Bagi saya di saat ini kesihatan tidak memuaskan, sakit kepala dan sakit tekak yg teramat sangat….sampai nak telan air liur pun terasa perit. Aktiviti memasak tetap di teruskan seperti biasa tetapi selera makan berkurangan sedikit. Oklah di sini saya kongsikan bersama resepi daging tomato pandan yg saya masak semalam. Resepi ni mudah saja dan yg penting sedap rasanya. Resepi asal dari Mat Gebu, izinkan akak C&P resepinya di sini ya Mat. Pada kawan2 tu…cubalah…memang sedap daging tomato pandan ni…cuma akak tambah sos tomato dan tomato dadu dlm resepi ni….



BAHAN-BAHANNYA 🙂

  • 500 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan*
  • 1 inci halia, tumbuk lumat*
  • 3 ulas bawang putih, tumbuk lumat*(*disatukan dan perap 30 minit)
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 helai daun pandan, disimpul
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 cawan air
  • 1/2 camca besar gula melaka
  • 1 biji tomato-potong dadu (saya tambah)
  • 2 camca besar sos tomato (saya tambah)
  • Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS 🙂

  • 2 biji tomato merah
  • 4 biji cili merah
  • 2 biji buah keras
  • 1 biji bawang besar
  • 1/2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 camca besar ketumbar biji -saya guna serbuk je
  • 1/2 camca teh jintan halus -guna serbuk je
  • 1/2 camca teh jintan kasar -guna serbuk je

CARA MEMBUATNYA 🙂

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus, serai, daun limau purut dan daun pandan hingga harum dan terbit minyak.
  2. Masukkan daging, gaul rata dan biar daging kecut sedikit.
  3. Tuang air, gaul dan biar mendidih.
  4. Kecilkan api dan masak hingga daging lembut dan kuah pekat.
  5. Masukkan gula melaka dan garam secukup rasa. Masak sekejap lagi.
  6. Kalau nak kering biarkan lagi sekejap. Boleh diangkat dan hidangkan bersama nasi mentega kismis atau nasi putih biasa.
/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017