Daging Gulai Kawah

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sebenarnya tekak saya ni masih lagi perit, tapi selera tu tetap ada….tapi biasalah makan ala kadar je…alang2 dah masak, tukang masak kenalah merasa…hehehehe. Sebenarnya lauk daging gulai kawah ni saya masak semalam. Anak bujang saya yg sulung tu balik bercuti, jadi saya masaklah lauk kegemarannya dan di bawa bekal balik ke asrama. Saya masak sekilo daging jadi bahan rempah kenalah di gandakan. Bila petang, saya buatlah lempeng utk di makan bersama daging gulai kawah ni….fuhhh mmng sedap, berselera betul suami dan anak menikmati kesedapan daging ni. Terima kasih pada Kak Liza kerana berkongsi resepi yg sedap ni dan saya kopipes dari Mat Gebu….terima kasih Mat. Sebelum ni saya pernah makan daging gulai kawah juga, mmng sedap dan warnanya macam masak kormak, tapi resepi yg ni lebih kepada warna kari…tak kisahlah, yg penting rasanya sedap sangat. Pada kawan2 yg nak merasa tu…bolehlah cuba sendiri….jom kita semak resepinya.



BAHAN-BAHANNYA 🙂

  • 500 gram daging (mat guna daging batang pinang, hiris, cuci dan toskan)
  • 2 camca besar kerisik
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 camca besar gula melaka
  • 2 keping asam gelugor
  • 3 biji kentang, belah 8 setiap satu
  • 1 biji cili merah, belah dua
  • 1 biji cili hijau, belah dua
  • Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS 🙂

  • 20 tangkai cili kering, gunting dan rendam dalam air panas
  • 1 camca besar penuh rempah kari daging (saya guna rempah babas)
  • 1 camca teh jintan manis
  • 1 camca teh jintan putih
  • 7 biji bawang merah
  • 1 biji saiz sederhana bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 2 cm lengkuas

BAHAN TUMIS 🙂

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA 🙂

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumis hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan juga rempah kari, tumis hingga terbit minyak. Masukkan daging, gaul rata dan biar daging kecut. Tuang sedikit air.
  2. Bila mendidih masukkan kentang, santan, asam gelugor, gula melaka dan juga kerisik, kacau dan masak hingga kentang empuk dan kuah pekat.
  3. Akhir sekali perasakan dengan garam secukupnya. Tambah belahan cili hijau dan merah. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api, Hidangkan bersama nasi putih….
/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017