Sayur Kacang Dan Udang Goreng Taucho

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni saya masak ringkas je sbb anak2 dan suami balik cepat hari jumaat. Jadi kerja2 rumah kena siapkan cepat dan masak pun kena cepat, ringkas dan semestinya sedap. Sayur kacang ni saya campur sekali dngn udang, jadi 2 dlm 1 dan anak2 mmng suka kalau lauk udang. Separuh lagi saya goreng tepung je udang tu. Oklah jom kita semak resepi yg mudah ni.


Bahan Bahan

  • 15 tangkai kacang panjang, cuci dan kerat2
  • 2 keping tauhu- di goreng dulu
  • 10-15 ekor udang sederhana besar
  • 1 sudu besar taucho
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap
  • Sedikit gula
  • 1/2 cwn air

Bahan kisar/tumbuk

  • 1 biji bawang besar
  • 1 sudu besar udang kering-cuci, rendam dan toskan
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji cili padi merah
  • 2 biji cili merah
  • sedikit belacan

Cara-Cara

  1. Gorengkan tauhu sehingga kekuningan, ketepikan dulu, bila dah sejuk, potong dadu.
  2. Cuci kcng panjang dan kerat2, sementara tu bersihkan udang dan toskan. Ketepikan dulu.
  3. Panaskan sedikit minyak utk menumis. Tumiskan bahan2 kisar sehingga naik minyak.
  4. Masukkan taucho, kicap, sos tiram sedikit gula dan air. Kacau dan biarkan mendidih.
  5. Masukkan kacang panjang, tauhu dan udang. Gaul dan tutup kuali sebentar dngn penutup.
  6. Buka penutup dan gaul sayur lagi sehingga sebati. Perasakan, sekiranya dah cukup rasa boleh matikan api dan hidangkan.
/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017