Roti Lapis Berdaging

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Inilah roti lapis berdaging yg saya buat masa hariulangtahun Talhah tempohari. Kalau kuih manis2 dia tak berapa suka. Kalau kuih yg pedas2 Talhah mmng suka sangat. Kali ni saya buatkan roti lapis berdaging, ada taburan cheese lagi kat atasnya…wallaaaahhhh mmng sedap betul. Makan masa panas2, mmng asyik gitewww. Lebih sedap lagi bila di makan bersama mayonis dan sos cili…mmng best. Oklah pada kawan2 yg tak pernah buat roti lapis yg sedap ni, bolehlah mencubanya. Mmng mengenyangkan sampai ke malam makan roti lapis ni. Terima kasih pada [email protected] kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya di sini pula ya.



Bahan-bahan ( 6-8 orang )

  • 3 biji kentang di potong dadu
  • 500 gm daging cincang (saya guna 400 gm je)
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar serbuk kari (saya letak 3 sudu besar)
  • 3 sudu makan minyak untuk menumis
  • 12-14 keping roti
  • 500ml susu segar
  • 3 biji telor
  • secubit garam dan sedikit gula
  • Parutan cheese (banyak ikut suka)
  • Sedikit margerin untuk melenser

Cara-cara

  1. Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam dan sedikit gula.
  2. Masak sehingga kentang empuk dan kering sedikit. Dah siap ketepikan dulu.
  3. Sementara itu,satukan susu+telor+secubit garam
  4. Pukul susu+telor+garam hingga sebati
  5. Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
  6. Ramas-ramaskan kesemua roti tadi
  7. lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
  8. Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
  9. Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
  10. Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
  11. Bakar dengan api sederhana selama 30-45mins atau sampai lidi tak lekat
  12. Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka
  13. Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos cili.
/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017