Bubur Nasi Daging

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Hari ni saya masak bubur nasi daging utk juadah berbuka puasa. Bubur ni rasanya seakan2 bubur lambuk bila di tambah sedikit rempah sup. Saya suka bubur nasi daging ni. Suami saya pula tak sah kalau tak makan bubur ni bersama sambal tumbuk, makin pedas makin bertambah seleranya….mmng sedap. Resepi asal bubur nasi daging ni adalah dari Chef Hanieliza dan saya C&P dari Ita Masam Manis. Terima kasih pada penyumbang resepi, pada yg suka menu yg ringkas dan sedap ni…bolehlah mencubanya. Kebetulan tekak saya mmng perit, jadi sesuai sangatlah berbuka puasa dngn bubur nasi daging ni. Jom kita semak bahan2 yg di perlukan.



Bahan-Bahan

  • 2 cwn beras
  • 300 gm daging dihiris nipis
  • 2 cm halia- dihiris
  • 1 btg serai- diketuk
  • air secukupnya (Yatie guna dlm 10 cwn, masak guna 5 cwn dulu, bila dah kering tambah lagi 5 cawan dan gaul sebati)
  • 2 biji kentang- dipotong dadu
  • 1 btg lobang merah- dipotong dadu
  • 1 camca besar lada hitam- ditumbuk halus
  • 1 1/2 camca besar rempah sup- Yatie tambah
  • 1 cwn santan
  • garam secukup rasa
  • 3 camca besar minyak-utk menumis

Bahan Tumis

  • 3 biji bwg merah – dihiris
  • 2 ulas bawang putih – dihiris
  • 2.5 cm halia – dihiris

Bahan Hiasan

  • daun sup secukupnya – dihiris
  • daun bawang secukupnya – dihiris
  • bawang goreng

Cara Menyediakannya

  1. Campurkan beras, daging, halia dan serai bersama air secukupnya dan masak hingga beras hancur dan daging empuk.
  2. Masukkan kentang bersama lobak merah, lada hitam,rempah sup, garam dan santan. kacau rata dan masak sehingga semuanya lembut.
  3. Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bahan tumis sehingga wangi.
  4. Masukkan bahan yg ditumis tadi kedalam bubur dankacau rata.
  5. Angkat dan hidang ikut citarasa.
/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017