Kari Daging Kerisik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Malam ni baru sempat nak n3 menu tengahari tadi. Hari ni Yatie masak kari daging kerisik. Semalam ternampak kat rumah Mas kari daging ni, hai tak sabar nak masak sbb dah lama tak makan kari. Bila raya aritu Yatie banyak makan rendang daging walaupun ada juga menu kari daging. Bila dah nampak kari daging kat rumah Mas, Yatie pun masaklah utk lauk tengahari tadi. Sedap betullah kari kerisik ni, kena pulak daging yg lembut, mmng best. Kalau daging tak empuk dan tak cukup lembut….mmng menganggu perjalanan pemakanan kita. Baik2 berselera jadi terbantut nak makan lagi. Resepi asal adalah dari Kak Fida dan Yatie C&P dari Mas. Terima kasih pada penyumbang resepi, izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula buat rujukan di masa akan datang. Sebelum ni masak kari kerisik, tapi tak ikut sukatan pun…main agak2 je.



Bahan :

  • 1 kg daging -dipotong nipis dan rebus empuk. Kalau guna daging btng pinang takyah rebus
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 4 – 5 sudu besar rempah kari daging – dicampur sedikit air dan jadikan pes
  • 3 biji kentang – dibelah 4
  • 3 biji tomato – dibelah 4
  • 2 batang lada hijau – dibelah 2
  • 1/2 cawan kerisik
  • 1 keping asam gelugur
  • garam dan sedikit gula
  • 4 cwn air atau secukupnya
  • 1/2 cwn minyak masak utk menumis

Bahan Kisar

  • 1 biji bawang besar – dikisar
  • 4 ulas bawang putih – dikisar
  • 1/2 inci halia – dikisar

Bahan Tumis

  • 1 helai daun pandan
  • 1 btng serai- dititik
  • 2 lembar daun kari
  • 1 btng kayu manis, 1 kntm bunga lawang dan 2 biji buah pelaga (rempah tumis)
  • 1/2 biji bawang besar – dihiris
  • 2 ulas bawang putih – dihiris

Cara memasak :

  1. Campurkan bahan2 kisar bersama cili kisar.
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris juga daun kari dan daun pandan hingga layu dan masukkan campuran bahan kisar,rempah tumis, serai dan terus tumis hingga hampir kering lalu masukkan pes rempah kari dan tumis hingga wangi dan terbit minyak.
  3. Masukkan daging rebus bersama air rebusannya sekali dan juga kentang.Bubuh garam, asam gelugur, kerisik, kacau rata dan masak hingga mendidih. Boleh tambah air jika perlu dan masak lagi biar mendidih dan kentang empuk.
  4. Kecilkan api dan masukkan cili hijau dan tomato. Renihkan lagi 10-15 min. Siap untuk dihidangkan.
/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017