Resepi Biskut Coklat Zebra Daisy

Saiz Hidangan 42-50 Keping
Masa penyediaan: 1 Jam

Bahan-bahan A.

60gm Tepung Suji
70gm Gula kastor
120gm Tepung gandum
160gm Tepung Naik Sendiri
1/2 Sudu kecil bikarbonat
1 sudu besar susu tepung

Campur: B
120-130gm Minyak Jagung Daisy
1/2 sudu kecil garam
60gm Badam biji

Hiasan
100gm coklat masakan
100gm coklat putih masakan

Cara-cara
– Campurkan kesemua bahan (A) kedalam mangkuk, putarkan selama 2 minit dengan kelajuan sederhana.
– Masukkan Minyak jagung Daisy yang di campur dengan Garam dan putar 1 minit.
– Adunan biskut dileperkan sebesar duit 50 sen dan diletakkan ditengahnya dengan badam biji, kemudian di bentuk menjadi bujur.
– bakar kesemua selama 22-25 minit dengan suhu 160c
– Biarkan biskut tadi sejuk.
– Cairkan kedua-dua jenis coklat tadi kemudian ketepikan
– Biskut disusun diatas redai,kemudian coklat masakan tadi dimasukkan kedalam karung plastik dan dipaipkan diatas biskut dengan rata.
-Coklat putih dimasukkan dalam karung plastik dan diuraikan diatas coklat tadi secara memanjang.
-Siap untuk di hidang

/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017