Dalca Daging

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang ni layan Dalca Daging pula ya. Rasanya ramai kawan2 yg dapat daging korban sempena AdilAdha tempohari. Tentu juga kawan2 binggung nak masak apa, begitu juga dngn saya. Kali ni teringin pula nak makan dalca daging. Lagipun senang keje, tak payah masak sayur segala..dlm dalca ni macam2 ada…ada daging dan juga sayur2an. Bila kuah dalca ni banyak lagi, bolehlah merajinkan diri membuat roti canai ke, roti jala, roti puri, roti arab,takpun makan dngn roti putih je. Dalam kepala saya ni dok fikir2 nak makan dngn lempeng pekak je….ianya senang, mudah, cepat dan sememangnya sedap. Resepi kali ni saya C&P dari Mat Gebu, terima kasih Che Mat berkongsi resepi yg best ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Dalca ni mmng sedap. Kawan2 bolehlah mencubanya, jom kita semak resepinya.


BAHAN-BAHANNYA

  • 400 gram daging, hiris dan rebus empuk,
  • 1 biji terung bulat, dadu besar2
  • 8 tangkai kacang panjang, kerat2 pada saiz 1 inci
  • 2 biji kentang, belah 8 setiap biji
  • 1 batang lobak merah, potong berbaji
  • 1/2 cawan kacang dhal, rebus hingga empuk
  • 2 biji cili hijau, belah 2 setiap satu
  • 2 biji cili merah, belah 2 setiap satu
  • 1 biji tomato, belah 8
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 camca besar penuh rempah kari daging (mat guna jenama baba’s)
  • 700 ml santan cair
  • 200 ml santan pekat
  • 2 camca besar cili kisar
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS

  • 1 biji bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 3 biji buah keras
  • 2 keping hirisan lengkuas

BAHAN TUMIS

  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 tangkai daun kari, dilurut
  • 5 biji bawang merah, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris

CARA MEMBUATNYA

  1. Rempah kari dibancuh bersama bahan kisar halus, kacau rata dan ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tuang bancuhan rempah kari, tu tumis hingga terbit minyak, gunakan api perlahan dan kacau selalu.
  2. Masukkan kentang dan lobak merah, gaul rata dan masukkan daging bersama air rebusan. Tambah santan cair dan biar mendidih hingga kentang dan lobak lembut. Tambah sayur lain, kacang dhal rebus, asam gelugor dan juga pati santan. Kacau rata.
  3. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biar masak sekejap dengan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api…boleh hidangkan.
/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017