Resepi Kerepek Ubi Pedas



Bahan-Bahan:

1 kg ubi kayu
6 biji cili merah
30 sen udang kering
5 labu bawang merah
Sedikit garam
Sedikit serbuk perasa
Minyak untuk menggoreng

Cara:

Ubi kayu dibersihkan dan dilayang nipis-nipis. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ubi yang telah dilayang tadi hingga garing. Gorenglah hingga selesai semuanya. Cili, bawang dan udang kering digiling halus. Pijarkan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan cili tadi hingga garing. Masukkan sedikit garam dan serbuk perasa. Setelah itu, sesuaikan rasanya. Akhir sekali, masukkan kerepek ubi tadi lalu kacau hingga rata dan angkat.

/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017