https://www.googletagmanager.com/gtag/js?id=UA-109194521-1

Begedil Ayam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya buat begedil lagi gara2 sedap sangat masa makan kat rumah mak minggu lepas. Resepi ni ringkas je, tapi rasanya sungguh sedap sekali. Biasalah kalau resepi dari mak ni, walau seringkas mana pun ianya tetap sedap dan buat kita teringat2 je. Di sini saya nak kongsikan bersama resepi begedil yg sangat sedap dari bonda tersayang. Pada kawan2 yg nak merasa tu, bolehlah cuba. Begedil ni sedap dimakan bersama soto ataupun mee sup. Lebih sedap lagi di makan begitu saja..mmng tak perasan berketul2 masuk mulut. Jomlah semak resepinya…



BAHAN BAHANNYA

  • 1/2 kg ubi kentang
  • 200 gm daging ayam kisar
  • 2 sudu teh lada sulah-tumbuk lumat
  • 1 sudu besar bawang goreng
  • 2 tangkai daun sup dihiris halus
  • 1/2 labu bawang besar-di potong dadu
  • 2 biji telur ayam
  • Garam secukup rasa
  • Minyak secukupnya utk menggoreng

CARA MEMBUATNYA

  1. Kupas kentang dan potong sederhana nipis. Cuci dan toskan. Goreng sehingga masak,angkat dan toskan. Lenyek/tumbuk sehingga lumat. Ketepikan dulu.
  2. Sementara itu tumiskan bwng besar dan masukkan daging ayam kisar dan masak sehingga separuh masak.
  3. Satukan kesemua bahan2 kecuali telur di dalam satu bekas.
  4. Ambil sedikit adunan dan kepal2kan. Bentukkan bulat dan leperkan sedikit. Buat hingga habis.
  5. Dalam bekas lain,pecahkan telur dan kocak2kan. Celupkan setiap ketulan begedil tadi dengan telur terlebih dahulu sebelum digoreng dengan minyak sehingga berwarna keemas2an.
  6. Guna api sederhana je. Bila dah masak, angkat & toskan. Sedia untuk di makan bersama soto atau di makan begitu saja.
/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017