Resepi Biskut Aiskrim Nestum

Resepi Biskut Aiskrim Nestum

Bahan-bahan:

200 gm tepung gandum
70 gm tepung kastad
160 gm nestum (Boleh kisar nestum ni)
75 gm gula halus
180 gm butter
1 biji telur
1/2 tsp serbuk penaik
Bahan hiasan:
250 gm coklat masakan (Cairkan secara double boiler)
Gula manik atau apa-apa hiasan yang sesuai

Cara-cara:

– Ayak tepung gandum, tepung kastad dan serbuk penaik. Kemudian satukan dengan nestum.
– Dalam satu mangkuk lain, putar butter dan gula hingga gebu dan warna menjadi pucat.
– Masukkan telur dan pukul rata.
– Masukkan bahan ayak dan uli hingga menjadi doh.
– Canai dan terap dengan acuan bentuk aiskrim.
– Bakar dalam oven pada suhu 160 C sehingga biskut masak. Sejukkan di atas redai.
– Celupkan hujung biskut ke dalam coklat yang telah dicairkan dan taburkan gula hiasan di atasnya.
– Setelah coklat mengeras, simpan biskut di dalam bekas kedap udara.

/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017