Resepi Blueberry Crepe

Bahan-bahan- Adunan Crepes

– 3 sudu besar rata tepung Hong Kong/tpng gandum
– 4 sudu besar rata tepung kastard
– 4 sudu besar rata tepung jagung
– 2 sudu besar rata tepung ubi
– 3 biji telur-di kocok2 je
– 1 sudu kecil esen vanilla
– 1 sudu besar gula halus
– 1/4 sudu teh garam
– 250 ml susu cair- suhu bilik
– 1 sudu besar mentega cair/minyak masak
– Pewarna purple- optional

Cara-cara
– Satukan semua bahan adunan dadar, kacau rata dan tapis. Rehatkan selama 20 minit. Adunan yang agak cair hasilkan dadar yang tipis.
– Panaskan kuali non-stick dengan api sederhana, sapukan pan dengan minyak makan atau butter dengan menggunakan kitchen tisu.
– Ambil satu senduk kecil adunan dan lenggangkan kuali ke kiri dan kanan hingga mendapat dadar yang nipis. Masak hingga atasnya mengering. Tidak perlu diterbalikkan.
– Angkat dan ulangi membuat dadar hingga habis.
– Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik Jangan di tindih-tindih semasa panas nanti ia tak cantik!
-Tunggu dia benar-benar sejuk baru boleh ditindih satu persatu

Bahan utk Inti
– 1 cawan non dairy whip cream
– Blueberry filling secukupnya

Caranya.
–  Ambil 1 cwn/ 250ml non dairy whip cream dan pukul hingga kental.
– Masukkan dlm bekas dan simpan dlm petiais sementara menyediakan crepe.

Cara Penyediaan
– Kepingan crepe ~ secukupnya
– Non dairy whip cream- yg telah di pkl kental-(masukkan dlm piping bag senang di gunakan)
 – Blueberry filling- secukupnya~ s
– Letakkan sekeping crepe
– Letakkan non dairay whip cream di atasnya
– Kemudian letakkan 1 sudu kecil blueberry filling
– Tutup kembali denga non dairy whip cream
– Lipat kiri dan kanan, atas dan bawah.
– Buat sehingga habis. Simpan dalam peti ais dan sangat sedap di makan dingin

Kredit http://yatiememories.blogspot.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *