Resepi Cake Pop

Resepi cake pop sedap

Bahan-bahan ( 20 biji ++ )

Lebihan Kek (apa2 perisa pun boleh)
50g butter (unsalted)
Sprinkle warna warni
Batang Lolipop / Lidi Sate dalam ukuran 15cm
Chocolate (dairy choc / dark choc / white choc)
Kotak polistrene
1.5 tbsp Shortening / butter
Bahan-bahan hiasan yang digemari ikut kreativiti masing-masing. (contohnya)
1- Badam Hancur (mesti dibakar dulu badamnya)
2- Sprinkle warna-warni
3- Chocolate rice
4- Eadible Beads
5- Smarties / M&M

Cara-cara

– Hancurkan2 kek dengan menggunakan jari. Masukkan butter dah gaul hingga kek jadi moist.

– Amik segenggam kek yg dah digaul dengan butter tadi, bentukkan bulat. Teruskan sehingga habis. Maka base Cake Pop Anda dah pun siap.

– Sejukkan Cake Pop yang dah dibentuk bulat-bulat tadi dalam peti ais selama 2 jam. (gunakan ruang simpanan biasa, tak perlu dimasukkan dalam freezer). Tujuannya adalah supaya adunan kek yang dah dibentukkan tadi jadi betul2 pejal.

– Setelah 2 jam, sekarang dah bolehlah memulakan proses menghias Cake Pop anda.

– Cairkan chocolate menggunakan kaedah double boiling. Setelah chocolate 75% mencair, tutup api dan 0 masukkan shortening ataupun butter dan kacau menggunakan sudu sampai semua bahan cair.

– Keluarkan Cake Pop yang disejukkan tadi daripada peti ais. Ambil Satay Stick ataupun batang lolipop dan cucukkan pada cake pop. Cake Pop anda akan kelihatan seperti lolipop.

– Ambil satu cake pop yang telah dicucuk td, pegang batangnya. Tuangkan 1 sudu chocolate cair ke bahagian cake pop sehingga chocolate menyaluti Cake Pop tersebut. Sebelum chocolate mulai mengeras, taburkan sprinkle dan kacang ikut kreativiti anda.

– Cucukkan Cake Pop yang siap dihias pada polisterine supaya chocolate boleh mengeras sepenuhnya.

– – – Teruskan menghias Cake Pop yang lain.
– Cake Pop anda dah siap dihias! Boleh juga dibungkus dengan plastik dan dinikmati bersama yang tersayang waktu menonton TV.

/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017