Resepi Kuih Jongkong

kuih jongkong

Kuih Jongkong Mangkuk
Resepi : Kak [email protected]
Sumber : ika Bangkok – Arah dan  Kak Q – Qasehqu Quinnie

Bahan :

 24 mangkuk plastik 100ml

Untuk Lapisan Bawah :
 gula melaka secukupnya dihiris2 halus atau gula merah

Adunan Hijau :
1 cawan tepung beras
2 sudu kecil tepung sagu – Mas guna tepung jagung
5 cawan santan cair = ( 100 ml KARA + air )
1 sudu kecil pes pandan
1 sudu kecil air kapur

Adunan Kuning :
1 cawan tepung beras
2 sudu kecil tepung sagu – Mas guna tepung jagung
5 cawan santan pekat = ( 400ml KARA + air )
2 sudu kecil garam
sedikit pewarna kuning

Cara :

– Letakkan 1/2 sudu besar hirisan gula melaka @ gula merah kedalam mangkuk2 kecil dan ratakan.Ketepikan.

– Campur kesemua bahan hijau,kacau sebati, tapis, kemudian masukkan kedalam periuk dan masak hingga hampir pekat dengan api yg kecil..sentiasa kacau hingga adunan pekat dan likat serta licin yerk atau berkilat dan boleh tuup api. Memang agak letih sikit nak mengacau sebab mengambil masa lama.

-Tuang adunan hijau tadi ke dalam mangkuk yang berisi hirisan gula melaka dan kukus hingga gula mencair dalam 8 minit.

-Sementara itu, campur pula adunan kuning,tapis dan masak hingga hampir pekat, sama seperti adunan hijau tadi dan matikan api.

– Tuang adunan kuning ke atas lapisan hijau dan kukus lagi hingga kuih masak lebih kurang 15 min.

– Keluarkan kuih jongkong dan hidangkan suam atau dingin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *