Resepi Kuih Kaswi

Resepi Kuih Kaswi Lembut
Resepi: Kak Nor
Sumber: Kak Che Ct dan Kak Sheila

Bahan A :

1 1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
2 helai daun pandan, disimpul
(jadikan 2 cawan air gula)

Bahan B :

1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
3 cawan air
2 sudu besar air kapur

Bahan C :

Kelapa parut dicampur sedikit garam

Loyang 9″ atau acuan lompang

Cara-cara :

– Satukan bahan A, masak di atas api sederhana hingga larut. Sejukkan.
– Sebatikan bahan B, kacau rata dengan whisk.
– Satukan bahan B dan bahan A, kacau rata dan tapis.
– Tuangkan ke dalam loyang yang telah di sapukan dgn sedikit minyak. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 1/2 jam.
– Biarkan sejuk baru dipotong dan di hidang bersama kelapa parut.

/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017