Resepi Biskut Comot Coklat

BISKUT COKLAT COMOT

Sumber : Mesra.Net

Bahan-bahan :
2 cawan mentega
2 cawan gula halus
2 biji kuning telur
3 cawan tepung jagung
3 cawan tepung gandum 1 sudu kecil esen vanilla
cooking chocolate
sekilo kacang tanah digoreng dan ditumbuk

Cara-cara : 
1) Pukul mentega dan gula hingga sebati
2) Masukkan telur dan kacau rata.
3) Masukkan esen vanilla dan kacau lagi
4) Masukkan tepung jagung dan tepung gandum, kacau sebati hingga menjadi doh
5) Bentukkan bulat-bulat dan bakar hingga kekuningan suhu tu agak2 la ya…dalam 150′ – 160′ selama 15 – 20 minit @ bergantung pada oven memasing
6) Masakkan cooking chocolate ke dalam periuk dan dipanaskan di atas air yang mendidih
7) Setelah cooking chocolate cair, masukkan biskut yang telah dibakar tadi ke dalam periuk dan golekkan biskut dengan sudu di atas chocolate ini
8) Keluarkan biskut ini dan golekkan ke atas kacang tanah yang telah ditumbuk
9) Akhir sekali masukkan biskut ini kedalam paper cup

/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017