Butter Prawn

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak kongsi resepi butter prawn yg sangat sedap. Lama dah teringin nak buat butter prawn ni, asyik tertangguh je. Kali ni buat terus jadi, tapi tak berapa menjadilah sngt jala kuning telur…yg penting rasanya…mmng sedap sangat. Resepi ni guna 12 ekor udang besar, saya guna udang sederhana je dan jumlahnya di lebihkan sikit. Maklumlah kalau lauk udang, mmng kena masak lebih punya. Udang ni sedap ratah2 gitu je. Terima kasih pada Nita berkongsi resepi juga K.Nor. Kalau kawan2 nak buat tu, ikut je bahan2 dan cara2 yg di beri, pasti menjadi. Kalau nak lebih terperinci cara memasaknya, bolehlah ke blog K.Nor. Saya baca ulang kali dan fahamkan betul2 supaya buat pertama kali je..terus jadi. Mehlah semak resepinya…esok2 bolehlah buat pula.

Bahan-Bahan

  • 12 ekor udang saiz besar
  • 2 sudu besar butter
  • 3 biji kuning telur
  • sedikit daun kari
  • sedikit cili padi
  • serbuk kunyit & garam
  • minyak utk menggoreng

Cara2:

  1. Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi. Gaul seketika sebelum diangkat. Bila dah masak,ketepikan.
  2. Dengan menggunakan minyak yg sama (yg ni Yatie guna minyak baru dlm 1/2 cawan cenggitu. 
  3. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.
  4. Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu…tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu danletak dlm tapis utk membuang minyak berlebihan. Boleh juga guna kitchen towel. Bila dah sejuk bolehlah di lerai2kan dan satukan bersama udang tadi.
/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017