Resepi Chocolate Chip Oreo Cookies

Chocolate Chip Oreo Cookies

Bahan-bahan:
1/2 cawan butter (113g) – suhu bilik
1/2 cawan brown sugar
1/2 cawan gula halus (gula putih)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
secubit garam
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1 packet biskut Oreo (packet yg panjang / 13 keping) – dipotong 4
1 cawan chocolate chips

Cara-cara :
1. Pukul butter, brown sugar & gula halus hingga kembang.
2. Masuk kan esen vanila & telur. Pukul hingga sebati.
3. Masuk kan tepung, baking powder & garam yg telah diayak terlebih dahulu. Gaul rata.
4. Masuk kan chocolate chips & biskut Oreo.
5. Ambil sesudu & letak kan keatas dulang pembakar. Leperkan sedikit. Jarak kan 2 centimetre antara adunan.
6. Bakar pada suhu 175 darjah celcius selama 12 – 15 minit.

/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017