cara nak buat resepi puding roti + Video Simple dan Sedap

cara nak buat resepi puding roti + Video

cara nak buat resepi puding roti + Video
Resepi Puding Roti Kukus – Belakangan ini rasa-rasa minat buat kuih semakin menjadi-jadi. Setelah beberapa hari pikir nak masak kuih apa lagi, akhirnya saya akan mencuba resepi puding roti kukus. Kebetulan di rumah masih ada beberapa keping roti. Apalagi nanti ada keluarga besar nak datang ke rumah. Kalau cuma buat resepi donut gebu kan tak banyak makanan yang ada di atas meja.

Puding Roti Nur Qaseh
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
6 keping roti Gardenia – potong cube
2 cawan susu segar
1/2 cawan gula kaster
1 sudu besar mentega
1/4 sudu kecil garam
2-3 biji telur – pukul ringan
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit kismis
Sedikit serbuk kayu manis

Cara cara:
Panaskan susu seketika dan bila hampir mendidih, bolehlah diangkat. Masukkan roti dan kacau rata supaya ianya terendam.

Masukkan mentega, garam dan gula. Kacau rata dan biarkan sedikit sejuk sebelum dimasukkan telur supaya telur tidak masak.

Akhir sekali, masukkan telur dan esen vanilla. Kacau rata. Jika suka, masukkan sedikit kismis dan serbuk kulit kayu manis.

Tuang ke dalam loyang saiz 8″ yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Masukkan loyang ke dalam bekas besar yang diisi dengan air panas untuk membakar secara steam bath.

Bakar pada suhu 180C selama 45 minit hingga 1 jam. Sedia untuk dihidangkan.

Bagaimana sudah paham cara nak masak puding roti? kalau belum bolehlah simak video berikut ini:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *