Resepi kek coklat kukus mudah Plus Video Cara buat

Resepi kek coklat kukus mudah Plus Video Cara buat, Kek Coklat Kukus merupakan antara kek coklat yang paling digemari ramai. Mungkin kerana rasa”moist” nya kesan dikukus, rasa coklat cair yang bertamu dimulut atau memang sebab namanya yang sudah pasti menjadi kegemaran ramai.Coklat itu sendiri sebabnya!

Resepi kek coklat kukus mudah Plus Video Cara buat

Berikut adalah Panduan Buat Coklat untuk memahami cara sebenar dan teknik yang betul buat coklat.Cubalah..

Bahan-Bahan Kek Coklat Kukus (Menggunakan sukatan cawan )

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
1 sudu baking powder
1 sudu soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu esen vanilla

Cara-cara Menyediakan Kek Coklat Kukus

Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam periuk atau kuali.Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.
Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.
Pukul telur hingga kembang. Masukkan campuran pertama tadi kedalam adunan telur.
Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat.Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.
Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.
Sapukan marjerin pada loyang.Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek.
Kukus kek selama 1 jam.

Cara Menyediakan Topping untuk Kek Coklat Kukus

1 cawan susu pekat manis
1 sudu makan serbuk koko
2 sudu mentega
Masukkan semua bahan ke dalam kuali atau periuk.Kacau perlahan sehingga larut.Angkat setelah cairan coklat mulai mendidih.Sejukkan sebentar sebelum dituang atas kek coklat kukus.
ATAU

500 gram coklat masakan
220 ml susu cair
( kalau guna coklat masakan, masak guna kaedah double boiler )

Sumber from : http://cikmatahariku.blogspot.co.id/2014/07/tips-mudah-buat-kek-coklat-kukus-dengan.html

Part 2

Na di atas adalah salah satu di antara banyaknya resepi kek coklat kukus, berikut ada tambahan dari inibelogcikgusuraya.blogspot.com

Bahan-bahan ( 8-9 inchi bulat )
1 cawan Serbuk Koko*
1 tin Susu Isian Cair*
1 cawan Minyak Masak Sayuran*
1 cawan Susu Pekat*
4 biji Telur – pukul sehingga berbuih.
1 cawan gula kastor*
11/4 cawan tepung Gandum
1 st Bic Soda
1st Baking Powder

Resipi chocolate ganache
1/2 tin susu pekat manis
1/2 cawan serbuk koko
sedikit butter
sedikit susu segar/cair secukupnya
kacau semua bahan secara double boil @ atas api kecil hingga pekat berkilat.

Biar reders lebih paham mari simak video berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *