Resepi kek span vanilla sedap dan simple

Berikut resepi kek span vanilla yang sedap bisa mak cik cuba. Resepi kek span vanilla sedap dan simple.

Resepi kek span vanilla sedap dan simple

Bahan-bahan :

  • 150 gm tepong super fine/tpng kek/tpng gandum*
  • 1 sudu kecil baking powder*(*di ayak bersama)
  • 150 gm gula kastor
  • 5 biji telor gred A
  • 1 sudu besar ovalette
  • 80 ml susu segar
  • 80 ml minyak masak / mentega cair
  • Perisa vanilla
  • Coklat emulco

Cara Cara:

  1. Satukan gula, ovalette dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi (tapi ini terletak kepada kelajuan pengadun masing-masing).
  2. Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar, pukul lagi.
  3. Tuangkan minyak/ mentega cair berselang seli dngn tepung yg di ayak bersama b.powder kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  4. Bahagikan adunan pada 2 bahagian, satu letak perisa vanilla dan biarkan plain, satu bahagian lagi letak coklat emulco. Gaul sebati semuanya.
  5. Sediakan tin pembakar bulat atau 4 segi ukuran 7 inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan berasingan loyang dan bakar selama 45 minit atau hingga masak pada suhu 150 – 180 darjah celcius.
  6. Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek… lebih kurang 5 minit… bagi mengelakkan kek kita kempis.
  7. Biarkan kek benar2 sejuk barulah di hias. 

UNTUK KRIM

  • 1 kotak cream cheese philadelphia (250gm)
  • 1/2 cwn susu pekat manis- (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.

UNTUK TOPPING

  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)
  • Cara menghias kek
  • Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
  • Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
  • Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
  • Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong

Pencarian yang lain:

  • kek vanila cheese
  • kek vanila sponge
  • resepi kek vanila cheese
/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017