Resepi Ayam Masak Kunyit Halia (SbS)

Resepi Ayam Masak Kunyit Halia | Salam, nak share resepi turun temurun dari kecik sampailah dah kahwin, masakan ummi saya. AYAM MASAK KUNYIT HALIA. Yang best nya, mudah disediakan. Xsampai 30 minit sahaja. Nak tukar masak daging pon boleh

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)…
Sumber : FB Habeebah Md Daud‎ 

Resepi Ayam Masak Kunyit Halia http://banyakresepi.blogspot.com/
Bahan diperlukan:
✔️ 1sk secukup rasa
✔️ 1sk serbuk kunyit
✔️ 1sk garam
✔️ 1senduk/2sudu besar cili boh
✔️ 1ibu jari halia (hiris)
✔️ 1asam keping 

*bawang besar dan cili (hiasan)

1/2ekor ayam potong keci-kecil, bersihkan..

Masukkan semua bahan kecuali bahan hiasan. 
Jangan lupa, MASUKKAN AIR DALAM 1 1/2 CAWAN
(BAGI AYAM SEPARA TENGGELAM) untuk rebuskan dgn bahan2.

Rebuskan ayam..

Dalam 10-15min sehingga air rebusan ayam kering, api perlahankan. 
Seasoning ikut cara masing-masing la jika, nak tambah gula atau garam.

Hiris bahan hiasan, dan 1/2cawan minyak masak.

Masukkan minyak masak, api perlahan. Masak dalam 5 minit supaya ayam sedikit garing dan kering.
Dan masukkan bawang serta cili.

Okey siap dihidangkan.
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017