Resepi Beef Ginger Kuey Teow (SbS)

Resepi Beef Ginger Kuey Teow | Jom buat, Ala-ala makan kat Restoran Chinese Muslim gitu..

Resepi pada setiap gambar..

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)
Sumber : FB Aisha Shukor
Resepi Beef Ginger Kuey Teow http://banyakresepi.blogspot.com/
Bahan-bahannya:
• Kuey teow sepeket
• Daging batang pinang 
(minta yang kiub macam ni sebab nak potong nipis dan lebar)
• Daun bawang secekak
• Halia muda 2 buku besar (pastikan halia muda okey) dihiris nipis n lebar

Untuk bahan di blend:
• Bawang besar dan bawang putih
• Satu tin straw mushroom
• Dua sudu besar sos tiram
• Kicap pekat
• Minyak bijan
• Tepung jagung

Panaskan kuali, tak perlu letak minyak sebab kueyteow tu dah berminyak.. 
Masuk kueyteow dan letak dua sudu kicap pekat dan satu 3 kali renjis minyak bijan.. kicap tu agak-agak la warna yang kita nak ok

Goreng dalam 3 minit dan boleh alih dalam mangkuk

Daging potong macam ni ye

Gaul daging dengan satu sudu tepung jagung

Panaskan minyak 3 sudu, bila minyak dah panas betul, stir fry daging kita tadi

Stir fry dalam 5 minit dan ketepikan
Masuk halia muda yang dah dihiris.. balik-balikkan sekejap

Masuk bahan blend tadi.. tumis sampai naik bau

Masuk dua sudu besar sos tiram, satu sudu kicap pekat, 3 kali renjis minyak bijan.. tumis sekali dengan semua tu tadi

Masuk air dua cawan.. biar menggelegak ganas

Masuk straw mushrooms (dibelah dua) dan daun bawang yang dipotong panjang-panjang

Bancuh satu sudu besar tepung jagung dengan air masak, masukkan dalam kuali.. letak garam secukup rasa

Pecahkan 2 biji telur dalam mangkuk dan pukul sikit.. tuang dalam kuali dari aras tinggi macam ni.. jangan kacau ye

Biar kejap dan kacau sikit dan siap!

Letak kuey teow dan mandikan dengan kuah kita.. mamam la.. selamat mencuba uolls

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *