Resepi Siakap Stim ala Che’Man (SbS)

Resepi Siakap Stim ala Che’Man | MemBesaq Hajah Rahmah Ghazali demam balik umrah nie, seminggu dah tak lalu makan, dia nak makan masam masam, jadi nindia Siakap Stim ala Che’Man dari anakanda tercinta… Kikiki.

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)…

Sumber : FB Shamshul Azman Haris Fathilah

Jum Like : Aneka Resepi Masakan


Bahan bahan yang diperlukan:
√ Ikan Siakap 
√ Air Beras (untuk basuh ikan)
√ Asam boi
√ Serai ,halia, lengkuas, bawang putih, bawang besar, cili padi, tomato, daun bawang 
(tu je ada, boleh pakai ketumbar or daun limau), 
√ Asam keping..
√ Garam
√ Limau nipis

Panaskan air..

Masukkan semua bahan kecuali tomato & cili api + perahan limau nipis + garam secukup rasa

Masukkan ikan siakap

Tudungkan kuali untuk ikan masak sekata..

Tambah asam keping.. Ikan dimasak 15-20 minit

Bila ikan sudah masak, asingkan..

Potong tomato, cili padi & hirisan daun bawang

Tuang atas ikan… Boleh buatkan hiasan.. Siap!!
Selamat mencuba…
Jangan lupa share..

/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017