Cara salut keju parut pada kek yang sedap

Resepi dan cara membuat kek keju meleleh. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kek keju meleleh dan cara memasak kek keju meleleh sehingga siap untuk dimakan. Resepi dan cara membuat kek keju meleleh. Selamat mencuba.

Ptg td ad pegi fast bakery beli cream cheese ngn cheese.. mulut nii saje jee g tegur abg kedai tuu.. “bang.. keju ni blh parut kann… pemarut die ad jual kat sini x?” haha skali abg tu tanye.. “nak buat kek ap?” husna jwp laa.. “kek keju meleleh” dh mmg skrg org duk sebut cm gitu.. kan. abg tu jwp “ehh.. ap nikek keju meleleh..aii mane dpt name cm gitu..name die snow cheese cakela..” hehe.. sbnrnye dh tahu name kek ni snow cheese.. tp sj nk sebut yg leleh tu.. o.k lah, utk peringatan korg nak buat kek ni gune keju brand ni taw.. Anchor ‘HIMELT’ sesuai sgt utk topping kek cm gini..

o.k meh tgk resepi kat bwh ni… resepi yg husna cuba kongsikan ni husna rujuk resepi rahel . terima kasih yee rahel.. =)

RESEPI SNOW CHEESE CAKE / KEK KEJU MELELEH

BAHAN-BAHAN :

UNTUK KEK

-100 g tepung hongkong (husna guna tepung gandum)*
-60 g tepung jagung*
-1 sudu kecil baking powder*
-1 sudu besar ovalette
-100 g gula kastor
-4 biji telur (husna guna telur gred A)
-2 biji kuning telur
-50 ml air sejuk (air dari peti sejuk)
-75 g mentega cair
-sedikit esen vanilla (husna lupa nk letak td.. aishh.. yg ni nk letak xpe, xnk letak pon xpe..)

CARA :

1. Ayakkan dahulu bahan yg bertanda *.
2. Campur semua bahan di atas kecuali mentega cair. Pukul sampai gebu baru masukkan mentega cair. Putar lagi, sebatikan.

3. Sediakan acuan yg telah dialas dgn kertas minyak atau yg telah disapu dengan sedikit butter.

4. Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 45minit. Guna api atas dan bawah.


Sebelum dibakar


hasilnya… selepas dibakar..

UNTUK KRIM

-250 g cream cheese
-120 g susu pekat manis
– 50 ml UHT whipping cream

(satukan ketiga bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul)

UNTUK TOPPING

-1 buku HIMELT CHEESE dalam 250g (sesuai untuk snow cheese cake, roti, sandwich, burger dan pelbagai kegunaan kerana ianya adalah ‘HEAT STABLE CHEESE’)

(parut.. dicadangkan parut halus supaya kek tidak muak ketika dimakan)

CARA PENYEDIAAN :

1. Kek yg dimasak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi kepada 2 keping, husna bahagikan kepada 2 keping guna benang.

2. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.

3. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
4. Akhir sekali, taburkan HIMELT CHEESE yg telah diparut tadi keseluruh kek sebagai topping.
5. Sebelum di makan.. masukkan dalam peti ais dulu yee.. dalam 1-2 jam. lepas tu baru potong.


setelah dipotong…


hasilnye.. kek yang sgt2 lembut

Selamat mencuba!

Coba Try It.

Kalau bunda belum paham, coba simak video berikut ini:

Source and citation:
http://rahelblog-rahel.blogspot.com/2013/09/cheese-cake-meleleh.html
http://husnamathussain.blogspot.com/2013/11/resepi-snow-cheese-cake-kek-keju-meleleh.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *