Resepi Ayam Goreng Ala KFC (SbS)

Resepi Ayam Goreng Ala KFC | Mai nak share favorite kitorang.. Ayam goreng ala kfc.. Kalo nak beli satu bucket nak rm50++ mahal kan.. Ni resepi tak sampai RM15

Cara buat ada pada setiap gambar

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)…
Sumber : FB Ryana Hariz 

Fuhh.. tergodaaa kan… jom try.. Next..
Resepi Ayam Goreng Ala KFC http://banyakresepi.blogspot.com/
Sediakan ayam ikut sukahati nak potong camana, berapa ketul terpulang

Bahan perapan:
✔️10 ulas bawang putih ditumbuk kasar, 
✔️2 sudu serbuk cili 
(kalau nk extra pedas tuang lah sepuluh cawan hahaha)
✔️2 sudu serbuk kari
✔️2sudu kecil garam
✔️Secubit serbuk soda bikarbonat
✔️1 sudu serbuk secukup rasa maggi
Lumurkan dan perap 15 minit..

Masuk sebiji telur dan gaul sampai semua kena..


Sediakan campuran seperti dibawah:
✔️3 cawan tepung jagung
✔️3 sudu besar tepung gandum
✔️1 sudu kecil soda bikarbonat
✔️garam secukup rasa
Salut ayam tadi dengan tepung ni…

Panaskan minyak biar ayam tu boleh tenggelam. 
Goreng lah ayam td 15 minit atau sampai masak
Ada daripada rakan kita komen dan share tips ni:

Jangan goreng ayam terlalu lama, nanti isi ayam kering.
Kalau minyak betul-betul panas 5 minit dah memadai.
Cuma peha ayam perlu tambah masa sikit, bergantung kepada saiz peha pulak.

So korang goreng memadai kalau dan masak tu okey la. 🙂
Tadaaaa rangup ayam ni…. krurpp … krurpppp!!.. hehe
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017