Resepi Ayam Goreng Kunyit Siam (SbS)

Resepi Ayam Goreng Kunyit Siam | Menu saya tengahari tadi…” Ayam Goreng Kunyit Siam…. resepi resepi ini daripada kawan saya yang tinggal di kelantan… tak rugi mencuba sebab nak nangis rasa bila makan sebab sedap!!!… Omm nomm nommm nommm sawadikapp!!

Cara buat ada pada setiap gambar
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)…
Sumber : FB  Aisy Afiza
Resepi Ayam Goreng Kunyit Siam http://banyakresepi.blogspot.my/2016/03/resepi-ayam-goreng-kunyit-siam.html
Ayam di basuh dengan bersih & di potong kecil….

Letak serbuk kunyit & garam…

Goreng ayam hingga masak…..

Dah siap goreng…toskan & ketepikan….

Bahan:
✔️ Daun Ketumbar/sup (terpulang nak guna mana satu)
✔️ 6 ulas Bawang putih
✔️ 1 biji Cili merah
✔️ 9 biji Cili padi (kalau nk pedas letak lebih)
✔️ ½ Kiub ayam
✔️ 2sb Sos ikan
✔️ Halia

Tumbuk kasar bawang putih, halia, cili padi

Panaskan sedikit minyak lebihan goreng ayam tadi dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau..

Bila tumisan dah naik bau boleh la masukkan sos ikan….
* Tidak perlu letak garam sebab sos ikan dah masin…. ayam goreng pun dah masin… hehe

Masukkan air… terpulang kalau korang nak berkuah boleh letak air banyak….

Masukkan ayam yang telah di goreng & kiub ayam.. gaul sebati

Potong kasar daun ketumbar/sup & hiris nipis cili merah

Campakkan daun ketumbar/sup & cili merah

Taraaaaa dah pun siapp “Ayam goreng kunyit Siam”…. 
Boleh di hidang bersama nasi panas²….Omm nommmm nommmm 
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017