RESEPI BISKUT AFGHAN

Biskut Afghan

Bahan- bahan :
180 g mentega atau majerin
1/3 cawan gula halus
1/2 cawan tepung gandum diayak
1 sudu teh serbuk koko
1 sudu conflakes dihancurkan
1/3 cawan kelapa kering digoreng

Bahan untuk aising :
3/4 cawan gula aising diayak
1 sudu besar serbok koko
1 sudu teh mentega atau mejerin
1 sudu besar air panas
conflakes untuk hiyasan

Cara menyedikannya:

Pukul mentega dan gula hingga ringan dan kembang. kaup balikkan tepung dan serbok koko. masukan conflakes dan kelapa goreng.
Letak doh di atas papan pencanai yang telah ditaburkan sedikit tepung. Ulikan doh hingga lembut. Canai doh menjadi 1 cm tembal. Terap doh dengan acuan bulat berukuran 3 cm. Letak diatas dulang pembakar yang telah digresekan. Bakar dalam ketuhar yang bersuhu 180c selama 12 minit hingga 15 minit , sejukkan .
Sementara itu dalam mangkuk, kacau bahan aisin hingga sebati dan licin. Kemudian sapu rata keatas biskut hias dengan conflakes.
Simpan didalam peti sejuk dalam bekas yang kedap udara setiap masa.

/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017