RESEPI BISKUT KEJU CHEDDAR

BISKUT KEJU CHEDDAR

Bahan-Bahan

-300gm tepung gandum
-100gm tepung jagung
-250gm mentega
-100gm gula aising
-1 biji telur
-1/2 sudu teh soda bikarbonat
-100gm keju cheddar ( parut )

Bahan Hiasan

-1 biji putih telur
-sedikit kejuncheddar ( parut )

Cara-Cara
Satukan tepung gandum dan tepung jagung di dalam mangkuk. Ketepikan.
Putar mentega dan gula aising sehingga kembang.
Masukkan campuran tepung, soda bikarbonat dan keju cheddar. Uli dan sebatikan adunan.
Canai doh dan terap menggunakan acuan dan atur di dalam dulang pembakar.
Sapu putih telur dan taburkan parutan keju cheddar.
Bakar di dalam ketuhar pada suhu 150c selama 30 minit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *