Resepi mudah kek gula hangus kukus yang enak

Hobi yang “dipendam” sekian lama….trying new recipes. X kira la lauk pauk ka.. kuih muih ka, tp kegilaan sekarang ini ialah mencuba resepi kek yang simple dan mudah disediakan. Semalam telah berjaya mem”baking” kek sarang semut aka kek gula hangus. MENJADI…. 1st attempt. x sabar cuba lagi sekali. 

Resepi mudah kek gula hangus kukus yang enak
Resepinya: Kredit kepada [email protected]
*walau bagaimanapun, sdh di modified sedikit..

KEK SARANG SEMUT / KEK GULA HANGUS

125gm mentega
4 bj telur A
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 1/4 cawan gula (saya guna 1 cawan sj..)
2 sudu kecil soda bikarbonat – (saya guna 1 sudu teh shj)
esen vanila

Cara2:

  • Cairkan mentega dan biarkan sejuk.
  • Goreng gula hingga hancur dan masukkan 1 cawan air. Kacau hingga sebati dan cair. Biarkan sejuk.
  • Telur dikacau hingga kembang dan masukkan susu. Kacau hingga sebati.
  • Masukkan butter cair, tepung gandum (yg diayak bersama dgn soda bikarbonat) dan gula hangus kedalam adunan telur.
  • Kacau hingga sebati dan tapiskan.
  • Tuang ke dalam loyang (7″ x 7″) yg dah digriskan dan dialas dgn baking paper.
  • Peram selama 3 – 4 jam (lagi lama lagi elok utk menghasilkan lubang2 yg lebih banyak)
  • Bakar dlm oven yg dah panaskan 170 – 180C lebih kurang 40 – 45 min atau sehingga masak.

perlu hati2 masa menuang air kedalam gula yg tengah panas dan masa mengacaunya ya.. bubbling tu boleh mencederakan kalau tak berhati2..

Nota tambahan dari kak nor (sumber asal resepi ni…)
Berdasarkan pd eksperiman yg dah berjaya CMGebu buat, kek ni perlu dibakar dgn menggunakan api bawah sahaja utk tempoh 35 min pertama, lepas tu baru la di on kan api atas dan teruskan proses membakar lebih kurang 10 min lagi ya. Test dgn lidi, utk pastikan kek telah pun cukup masak. Suhu yg digunakan 165 – 175C.

well… hasilnya seperti dalam gambar. Cuzzy Anejan Egu… jangan jeles. Oleh kerana ko lebih suka mengukus, gudnews, boleh kukus tp lama sikit ler.. dlm sejam 50 minit gitu. Cuba laaaa…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *