Resepi Popia Sosej Mudah (SbS)

Resepi Popia Sosej Mudah | Resepi mudah untuk dibuat. Anak-anak pasti suka. Boleh letak sayur-sayur sikit bagi zat kat anak.. Hehehe.. Jom la cuba…
Cara buat ada pada setiap gambar
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)…
Sumber : FB  Aisy Afiza
Resepi Popia Sosej Mudah  http://banyakresepi.blogspot.my/2016/03/resepi-popia-sosej-mudah.html
Bahan-bahan:
✔️ Kulit popia
✔️ Sosej
✔️ Air

Belah 4 sosej.. kalau nak belah 2 pun boleh bagi isi dia besar, tapi saya belah 4 jer..

Siap belah..

Sediakan kulit popia atas pinggan, mulakan balutan..

Balut kemas-kemas..

Biar makanan kita biasa-biasa jer tapi yang penting kekemasan dengan penuh kasih sayang dari air tangan kita dan menjadikan makanan kita tu luar biasa.. hihihi

Di penghujung balutan gam kan dengan air bagi kulit popia kita melekat, ada yang pakai tepung campur air tapi saya pakai air jer, jimat dan cepat

Siap balut, bersusun atas pinggan.

Panaskan minyak, api kena kecil jangan terlalu besar, masukkan satu persatu untuk di goreng.. 
Akan meletup-meletup..tapi api kena kecik tau… sentiasa terbalikkan

Siap di angkat bila warna sudah kekuningan, tapi kena hati-hati sebab hot dog akan mengembang dalam kulit popia dan bila-bila masa akan meletup walapun dah angkat letak dalam pinggan kadang akan meletup juga, kena pandai bajet api dan berhati hati bila menggoreng..

Untuk sos saya campurkan sos thai dan juga mayonis..

Gaul bersama dan bertukar ala-ala sos yang makan wedges at kfc tu hihihi

Tadaaa… Siap di hidangkan
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017