Resepi Unbake Cheese Leleh (SbS)

Resepi Unbake Cheese Leleh | Selamat pagi hehe.. bismillah.. jom mula kelas tutorial arini.. desert todays unbake cheese leleh.. pada yang tak ada oven dan tak ada pengukus.. 5 bahan anda boleh makan kek yang sedap nak buat jom cikedottt..
Cara buat ada pada setiap gambar
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)…
Sumber : FB  Azlina Ina
Resepi Unbake Cheese Leleh http://banyakresepi.blogspot.my/

Bahan-bahan:
1 peket biskut deluxe craker sayur-sayuran mesti jenama ini dan perasa macam ni baru sedap
1cawan susu cair nak sedap guna susu kotak ( kalau nak pekat sikit kurangkan 1/2 cawan je )
1/2 cawan susu pekat (nak manis lebih boleh tambah)
1 tiub 250g tatura cheese
1/4 cawan whipping cream dairy (kalau tiada tak mengapa tapi kek kurang umph)
Sedikit esen vanila
Caranya:
Masuk bahan cecair dulu baru masuk yang lain dalam blender dan blender sebati senang kan haha

Ok susun biskut ina guna bekas kek sebab orang order senang nak bawak

Tuang adunan cheese tadi memenuhi permukaan biskut

Susun lagi dan tekan-tekan sikit

Tuang lapisan seterusnya.. ulang smpai berapa lapisan yang dikehendaki sejuk kan semalaman dalam peti ais

Esok nak makan baru amik milo atau horlick tapiskan sekitar permukaan kek tadi

Macam ni..

Hiaskan

Potong.. wah cheese leleh yang sedap dan senang hehe
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017