Resepi Aglio Olio Versi Melayu (SbS)

Resepi  Aglio Olio Versi Melayu | Boleh dimasak bila-bila masa. Memang sedap, menyesal tak cuba..hehe.. 

Cara buat ada pada setiap gambar
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)…
Sumber : Meet Aunty R

Bahan-bahan:
✔️ Semestinya SPAGHETTI 🙂
✔️ Minyak zaitun – anggar banyak mana bahan & spaghetti 
✔️ 3 ulas Bawang putih – racik halus
✔️ 1 labu Bawang merah – saiz kecik di potong dadu
✔️ 5 tangkai – cili padi di hiris nipis
✔️ 6 ekor udang – buang kulit (nak letak banyak boleh jer)

✔️ Isi ayam – terpulang banyak mana di potong nipis
✔️ 6 biji – Cendawan Shitake dihiris nipis
✔️ Kepingan peperoni – ikut suka banyak mana
✔️ Lada Benggala – ambil 1 inci lebar utk 3 warna di potong 2 dan hiris 
✔️ Garam secukup rasa..
* Selalu saya akan guna blend kering bahan seperti bawang putih/merah/cili padi tapi kali ni versi racik plak..

Tumis bawang merah, putih & cili padi

Setelah masak bawang dan cili, Masukkan isi ayam

Masukkan udang

Masukkan cendawan

Masukkan peperoni

Haaaa ni Italian Herbs.. Masukkan banyak mana suka..
Dalam ni lengkap ada basil, oregano, thyme, rosemary, marjoram, savory & sage.

Yang ni saya dah tabur Italian Herbs..
Ohh lupa waktu ni saya letak 3 sudu stok udang

Capsicum ni last skali.. Supaya kekal rangup.. Lepas dah gaul-gaul terus tutup api..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *