Resepi Ayam Masak Kari Beriani (SbS)

Resepi Ayam Masak Kari Beriani | Juga daripada rakan india kita yang memang rajin benoo masak. Memang sedapp.. tengok resepi pun dah tahu sedap.. hehee.. kipidap SheeNa HaseeNa‎ 
Cara buat ada pada setiap gambar
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)…
Sumber : FB SheeNa HaseeNa‎ 


Bahan-bahan:
✔️ 3 sekawan
✔️ 1 sd mkn ginger garlic paste
✔️ 1 biji tomato
✔️ 1 biji bawang merah
✔️ 2 batang cili hijau
✔️ 3 helai bay leaf/daun salam

1 ekor ayam

✔️ 4 sd makan briyani masala/powder
✔️ 2 sd teh serbuk kunyit
✔️ 1 sd makan serbuk cili

✔️ Segenggam daun pudina
✔️ Segenggan daun ketumbar
✔️ 1 sd makan pes pudina
✔️ 2 sd makan tairu

Tumis ginger garlic paste,3 sekawan dan bay leaf

Masukkan bawang merah dan cili hijau

Setelah bawang layu, masukkan briyani masala, serbuk kunyit dan serbuk cili

Masukkan juga pes pudina dan tairu

Biarkan pecah minyak

Setelah pecah minyak,masukkan ayam
Masukkan daun pudina,daun ketumbad dan tomato. 
Kacau rata

Tambah 1 cawan air

Perasakan dengan garam dan kacau rata.. Tudiaa!! campak ja..

Biarkan mendidih sehingga ayam masak
Setelah ayam masak, taburkan daun ketumbar.
Tutup api. Sedia dihidang..
Selamat mencuba…
Jangan lupa share..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *