Resepi Ayam Merah Ala Thai (SbS)

Resepi Ayam Merah Ala Thai | Selalunya kita buat daging merah kn, apa kata kita tukar guna ayam pulak.. Kita derhaka sikit kat resipi tu.. heheh bukan apa, dah tak ada stok daging dalam freezer camna nak buat Daging Merah Ala Thai kan.. Dah ada ayam jer, guna aje la ayam.. maka terjadi la Ayam Merah Ala Thai.. paberet en seben… huhu
Cara buat ada pada setiap gambar
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)…
Sumber : FB Liana Ahmad
Basuh bersih- ayam dan potong kecil-kecil…


Bahan-bahan:
✔️ 2 ulas bawang putih (ketuk)
✔️ 1 biji bawang besar (hiris)
✔️ 4 biji cili padi (ketuk)
✔️ 1 biji cili merah (hiris)
✔️ 1½ sb Sos tomato
✔️ 1½ sb Sos tiram
✔️ 1 sb Sos ikan
✔️ 2 sb cili giling blender
✔️ 1 sk pewarna merah/ sirap ros pn bole

Panaskan minyak dan tumis bawang

Masukkan cili giling blender.. tumis hingga garing.

Masukkan sos tomato, sos tiram dan sos ikan.. tumis hingga naik bau.

Masukkan cili api dan ayam… kacau hingga ayam layu

Letak pewarna merah.. terpulang nak letak banyak atau sikit.. kalau suka merah menyala up lagi warna ye..

Kalau nak kuah lebih boleh letak air… Agak-agak ayam dah masak baru masukkan cili merah dan bawang besar yang di hiris.. gaul sebati

Jika terlalu cair boleh tambahkan tepung jagung (bancuh dulu dengan air)…. untuk tujuan pekatkan kuah..

Tadaaaa dah siap menu saya….. omm nommm nommmm….nyummy… 
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017