Resepi Bebola Ayam Cheese (SbS)

Resepi Bebola Ayam Cheese | Pasti menjadi kesukaan anak-anak anda. Boleh buat banyak-banyak pastu simpan stok dalam peti sejuk. Goreng pagi-pagi untuk mereka bawak bekal ke sekolah. 🙂
Cara buat ada pada setiap gambar
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)…
Sumber : FB Liana Ahmad
Bahan-bahan:
✔️ Dada ayam dicincang or boeh je blend
✔️ Lobak merah+daun bawang (depend kalau x suka x payah letak)
✔️ Bawang merah sebiji + seulas bawang putih (cincang je)
✔️ Garam secukup rasa + 1 sudu sos tiram + 1 sudu lada hitam (ditumbuk halus) 
✔️ Cheedar cheese (potong dadu)
✔️ Serbuk roti
*Bahan 4 malas nak snap dah.. 😀

Cara- cara:
1)  mix Ayam + Lobak merah + daun bawang + sos tiram + garam + lada hitam (Gaul sebati)
2) Bulatkan adunan, ikut la besar mana awak nak then tekan bagi leper and letakkan cheese.
3) Oleskan bebola ke dalam serbuk roti
*Sory pic second last n last tertukar position 😀

Done.. Boleh simpan dalam fridge and goreng bila rasa nak makan. 
Nak goreng biar tenggelam dia dalam minyak tau n pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan. (berminyak sangat nanti)
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *