Resepi Biskut Nestum Ranggup (SbS)

Resepi Biskut Nestum Ranggup | Kita try buat biskut pulak. Resepi biskut ni simple je tapi sedap ni… cuba yer..

Cara buat ada pada setiap gambar
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)…
Sumber : ‎YM Tengku RosElyza Raja Muhammad


Bahan-bahan: 
✔️ 2 cawan tepung gandum
✔️ 1 cawan tepung jagung 
✔️ 3 cawan nestum madu
✔️ 250g buttercup
✔️ 1 cawan gula castor
✔️ 1 sudu esen vanilla
✔️ 1 biji telur 
✔️ Choc chips

Masukkan butter dan 1 cawan gula castor

Pukul hingga sebati

Add telur dan esen vanilla

Putar hingga sebati

Masukkn tepung gandum/tepung jagung/nestum … 
Uli dia sampai jadi mesra macam nie

Baru masukkan choc chips dan gaul … haaa senangkan …
Bulatkan kecik-kecik… letak kat dalam loyang .. bakar dalam suhu 160° selama 20 minit ….

Panas …panas … baru keluar oven .. bagi haba dia kuar dluu .. baru masukkan dalam bekas kedap udara..
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017