Resepi Bubur Berlauk Enak (SbS)

Resepi Bubur Berlauk Enak | Masak bubur,buat ikan bilis goreng pedas dan kangkung goreng belacan ok la tu kan
Cara buat ada pada setiap gambar
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)…
Sumber : ‎Aisha Shukor

Masak nasi macam biasa cuma 3 kali gandakan airnya..
Saya masak dalam rice cooker je.. masuk hirisan halia muda sikit dan bawang putih 2 ulas.. tutup separuh rice cooker tu dan masak la

Bila dah separuh masak, masuk garam secukup rasa dan sambung masak lagi sampai dapat tekstur yang macam bubur McD tu..

Ni bahan-bahan ikan bilis pedas.. asam keping 3 keping lupa nak enterframe.. heee

Panaskan minyak 3 sudu dan goreng ikan bilis sampai garing

Ketepikan ikan bilis dan tumis bahan-bahan yang kita dah blend tadi.. tumis sampai garing

Masukkan asam keping 3 keping.. sambung tumis

Renjis Enaq lemak manis ikut suka uolls la ye.. garam saya x letak dah sebab ikan bilis tu dah masin

Pastu gaul la dalam seminit dan siap!

Kangkung goreng belacan pulak.. panaskan minyak dua sudu, tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan cili api sampai garing

Masuk belacan ikut suka uolls,hancur-hancurkan guna jari jer pun boleh

Lenyek-lenyek la guna senduk macam ini

Masuk kangkung yang dah disiang, cuci, selawat dan tos.. garam secukup rasa
Masak sekejap n siap!

Bubur saya saya make up lagi dengan daun sup dan daun bawang dan juga bawang goreng..
nyum nyum
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *