Resepi Cream Puff Terlajak Gebu (SbS)

Resepi Cream Puff Terlajak Gebu | Assalamualaikum & Selamat Malam semua, saya ingin berkongsi resepi CREAM PUFF yang selalu saya buat untuk niaga… semoga bermanfaat untuk semua..

Cara buat ada pada setiap gambar
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)…
Sumber : ‎Salwa Salehan
Bahan:
✔️ 100ml air
✔️ 45g marjerin pelangi
Cara:
Didihkan seperti dalam gambar
Didih ganas ye.. api besarkan

Bila dah didih ganas tadi…  Masukkan 65g tepung gandum (saya guna cap rose)

Bila dah masukkn tepung.T erus kecikkan api.. kacau pelahan-lahan

Kacau guna senduk kayu..

Sampai sebati smuanya… seperti dalam gambar. pastikan tepung dah tak melekat pada kuali dan nampak kering…  Baru la tutup api

Masukkan dalam bekas

Masukkan sebiji telur gread A… mixer… bila dah bercampur telur tadi dengan tepung.. masukkn lagi sebiji… mixer lagi
Sampai adunan jadi macam dodol… (Mixer masa tepung tengah panas)

Guna cup no. 2.. 
Nozel bintang. x pkai nozel pun xpe.. 
Masukkan je dalam plastik piping. gunting hujung plastik. pancitkan dalam cup.

Celup jari di air.. Tekan hujung tepung yang bertanduk tadi supaya tenggelam hujung tanduk itu..
Bakar pada suhu 200’c nutuk 15 minit pertama..
Bila doh dah naik gemok bulat comel.. turunkan suhu kepada 180’c… dan teruskan pembakaran sampai warna bertukar coklat keperangan..
Jangka masa tu terpulang pada oven masing-masing sebab suhu oven ni tak sama kan. Yang penting puff tu bakar sampai garing.. sebab kalau kurang masak.. puff berisiko unutk kempis..

Inilah hasilnya bila puff naik..
Untuk inti creamnya… dari dulu sampai sekarang… saya tak pernah ubah resepi… dan cream ni sangat sesuai untuk suhu sejuk atau suhu bilik..
Bahan-bahan:
✔️ 500 ml susu full cream ( tak kisah brand apa ) saya selalu guna dutch lady
✔️ 85g gula pasir
✔️ 40g tepung gandum
✔️ 30g tepung jagung
✔️ 1 sd makan vanila
✔️ 75g marjerin pelangi*
Cara buat:
1- Masukkan semua bahan dalam kuali KECUALI marjerin
2- Masak sambil kacau guna whisk sampai adunan jadi pekat. kacau tu supaya adunan tak berketul-ketul. Bila dah pekat.. Masukkan marjerin, kacau sebati..sejukkan..
3- Masukkan inti cream tadi dalam plastik piping.. gunting hujungnya dan ikat d-pangkalnya..
4- Puff yang kosong tadi digunting tepinya…
5- Pipekan inti cream tadi ke dalam puff yang kosong.. penuhkan..
6- Bila dah siap semua.. taburkan dengan dusting sugar ( ada jual dibakery ) atau gula halus… Pun boleh. Cuma bezanya gula halus ni dia hilang.. x macam dusting sugar.. dusting sugar ni ia kekal..x hilang…
Selamat mencuba…
Jangan lupa share…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *