Resepi Kari Kambing Terbaekk! (SbS)

Resepi Kari Kambing Terbaekk! | Slow cook curry tanpa pressure cooker.

Cara buat ada pada setiap gambar
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)…
Sumber : FB Sheena Supramaniam‎ 

Bahan-bahan untuk diblend. Bawang besar 1 cukup.

Kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga

Bawang besar 2 dihiris, jintan manis ditumbuk kasar, tomato 2 biji

Garam masala. Secubit je cukup. Kalau terlebih nanti kari pahit.
*Dyana AdYa : Never use this garam.. What a different from regular salt?
Sheena Supramaniam : Sis.. garam masala tu bukan salt la… garam masala tu perkataan asal hindi. Garam tu spices kalau x silap saya..

Kentang 2 biji

Minyak sedikit saja. Tumis seperti di gambar

Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi. 
Tumis sampai pecah minyak dan naik bau

Masukkan jintan manis

Masukkan bawang

Masukkan daun kari

Masukkan mutton dan tomato separuh. 
Kacau sekejap.

Tambah air smpai mutton tenggelam. 
Secubit garam masala dan kunyit 1 teaspoon. Api perlahan. 
Kacau dan tutup kuali. 
Biar masak 30 minit

Sekali sekala kacau. Jangan biar kering. 
Masukkan kentang lepas mutton soft.

Lepas kentang dah masak. 
Masukkan cili powder dan serbuk kari ayam/daging. 2:2

Kacau sekejap dan tambah tomato separuh lagi. 
Biar mendidih

Bila minyak dah terbit… letak garam secukup rasa dan daun kari sikit

Ok dah siap. Kalau ada daun ketumbar, cincang dan tabur sikit

Slow cook ye.. saya ambil masa dekat 2 jam nak buat kari ni. Api kena perlahan dari start masak smpai habis. Sementara mutton tengah masak boleh buat keje lain…
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017