Resepi Kek Tiramisu Mudah

Resepi Kek Tiramisu Mudah. Kek Tiramisu menjadi pilihan saya bila pergi ke Season atau Lavender. Bukan sahaja kerana rasanya yang simple tetapi kerana kek Tiramisu itu sendiri pernah menjadi viral menyebabkan saya pun terikut-ikut menggemarinya. Haha…

Kek Tiramisu ada banyak perisa antaranya perisa coklat, cappuccino, biskut marrie, blueberry dan banyak lagi. Resepi kek Tiramisu mudah yang saya kongsikan di bawah nanti adalah versi asas iaitu style kek span.

Resepi Kek Tiramisu Mudah

Bahan-bahan untuk kek span:

3 biji telur ayam
3/4 cawan gula kastard
1 cawan tepung
1 sudu teh serbuk penaik
50 gram mentega dicairkan
Secubit garam

Bahan untuk krim:

1 liter krim putar
50 gram keju Mascerpon
50 gram gula
3 biji kuning telur

Cara membuat kek tiramisu (kek span)

1. Pukul telur bersama garam. Tambahkan sedikit gula dan pukul hingga pekat.

2. Selepas itu, masukkan tepung bersama serbuk penaik ke dalam adunan telur tadi dan pukul sampai sebati.

3. Masukkan pula mentega dan pukul lagi.

4. Kemudian, tuangkan bahan tadi ke dalam acuan kek bersaiz 20cm.(bekas bulat). Bakar adunan tadi dalam ketuhar pada suhu 190 darjah celcius selama 25 hingga 30 minit.

Cara membuat krim untuk tiramisu

1. Pukul campuran bahan krim putar bersama gula hingga pekat dan kembang. Ketepikan.
2. Kemudian pukul pula telur kuning dengan keju Mascerpon hingga sebati.
3. Selepas itu campurkan kedua-dua bahan tadi (krim putar dan keju) dan kacau sebati. Ketepikan.
4. Potong nipis kek span yang telah dimasak tadi kemudian susun ke dalam acuan bulat bersaiz 20cm.
5. Buat lapisan demi lapisan hingga akhir dan selang seli ia dengan krim putar.
6. Selepas itu masukkan ke dalam peti ais dan sedia dihidangkan.

Selamat mencuba.

/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017