Resepi Kentang Gembira Ranggup (SbS)

Resepi Kentang Gembira Ranggup | Tak tahu apa nama kentang senyum ni sebenarnya. Orang buat kita pun nak buat kan!.  Tapi kan anak-anak tengok.. Diaorang pun tumpang senyum.. Hehe
Cara buat ada pada setiap gambar
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)…
Sumber : Siti Hasnah Rahman
3 biji kentang yang besar-besar (sebiji tu dah penuh tapak tangan saya)
Rebus dan dilecek sampai halus..

Dah lecek kentang, masukkan :
✔️ 2 cawan tpg gandum
✔️ 1/2 cawan tepung jagung
✔️ 1 cawan serbuk roti
✔️ 1sudu besar planta
✔️ Gula & garam secukupnya
✔️ Sebaiknya lebihkan gula sikit biar manis sikit, budak-budak suka.
✔️ Gaul semua bahan..

Parut kan cheese ceddar kalau suka.. 
Kalau tak suka tak payah letak.. Suka hati korang ok

Uli sampai jadi macam ni

Ni peralatan :
✔️ Alat mencanai
✔️ Straw ( tak de straw, pinjam anak punya bekas air )
✔️ Sudu & cawan

Canai dan buat mula membentuk

Bentukkan mulut dengan sudu plastik yang tumpul

Cungkil mata dengan straw tadi..
Kalau melekat, sapu tepung atau minyak

Dah senyum-senyum dah diorang minta digoreng.. huhu

Kena goreng pun senyum… hehe
Goreng elok-elok.. Api jangan kuat sangat nanti muka naik jerawat batu.. 
Goreng api sedang-sedang ja.

Tadaaa!! Senyum sampai telinga…
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017