Resepi Popia Penkek Ranggup (SbS)

Resepi Popia Penkek Ranggup | Bila cipta kelainan, memang sedap dengan keranggupan kulit popia seleps digoreng. Pehhh.. cuba la baru tahu…

Cara buat ada pada setiap gambar
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)…
Sumber : ‎Anita Daniel’s kitchen
Bahan-bahan:
✔️ Udang /ayam cincang halus2 ( 1/2 cawan )
✔️ Garlic powder ( 1 sudu kecil )
✔️ Daun bawang potong halus (1/2 cawan )
✔️ Brokoli dicincang halus ( 3 sudu besar )…… OPTIONAL..tak isi pun tak apa
✔️ Tepung jagung ( 4 sudu besar )
✔️ Garam ( secubit )
✔️ Gula ( secubit )
✔️ Lada putih ( 1 sudu kecil )
✔️ Mozarella cheese ….optional… ( secukupnya )
✔️ Telur ( 1 biji )

Cara buat:
1-Udang / ayam dicincang sampai halus
2- Daun bawang potong halus
3- Campurkan kesemuanya dalam bekas dan gaul .. sebatikan dengan rasa secukup rasa.
4- Isikan inti.. bahan yang lain sama sahaja saja hanya asingkan udang dan ayam.
5- Nak campurkan isi sekali pun boleh. Saya asingkan sebab anak tak makan udang.
6- Jangan banyak sangat inti kalau nak lebih ranggup.
Dan tutup dengan sekeping lagi kulit popia, tekan-tekan ( cucuk ) dengan garpu supaya keluarkan udara. Dont worry inti tak tak akan keluar.

Angkat perlahan lahan , Dan goreng dalam kuali dengan minyak 3 sudu besar atau secukupnya, balik balikkan biar masak sekata.
Angkat dan toskan..

Tadaa!!.. lepas siap, boleh potong ikut sesuka hati anda..
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017