Resepi Puteri Ayu Marble (SbS)

Resepi Puteri Ayu Marble | Selain menarik kombinasi pandan dan coklat memang serasi.. resepi mudah dengan kuantiti percubaan yang sedikit memudahkan anda mencuba resepi ini, ha gitu skema kan hehe.. jom cikedot resepi..

Cara buat ada pada setiap gambar
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)…
Sumber : ‎‎Azlina Ina

Bahan-bahan:
✔️ Kelapa ambil putih sahaja dalam 1 cawan setengah
✔️ 1sb tepung ubi
✔️ Garam sedikit
✔️ Gaul rata semua kukus 5 minit supaya mudah tekan dasar kuih kelapa tak lerai

Bahan untuk Apam Puteri:
✔️ 2 bijik telur
✔️ 1sb ovalate
✔️ 3/4 cawan gula tak nak manis kurangkan (gula halus)
✔️ 1 cawan tepung bluekey atau tepung gandum +1sk baking powder pilih mana-mana
✔️ 1/2 cawan susu segar atau santan kotak mana-mana
✔️ 1sk perisa pandan
✔️ 1sk pewarna hijau
✔️ 1sb serbuk koko

Pertama satukan gula telur dan ovalate

Mix sampai gebu

Sementara tu boleh tekan kelapa pada dasar acuan yang dah disapu minyak dulu

Masukkan tepung dalam adunan mix tadi kaup balik iaitu ceduk dari dasar mixer bowl ke atas aduann sampai rata

Masuk susu cair dan kaup balik juga

Bahagi dua sama rata dan letak perisa

Kacau

Masuk piping beg supaya mudah nak masuk dalam acuan atau plastik biasa pun boleh

Buat macam ni

Sampai abis

Panaskan kukusan dan kukus api besar 5 minit je kalau guna pengukus penutup kaca tak yah la balut penutup dia kalau pengukus biasa balut

Keluarkan dari kukusan woww comel

Keluarkan dari acuan amboi beseri kan
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *