Resepi Sambal Goreng Jawa (SbS)

Resepi Sambal Goreng Jawa | Hari ini saya nak share cara buat sambal goreng jawa yang di ajar oleh jiran sebelah rumah seorang yang berketurunan jawa dari Kuang Selangor. Sambal goreng jawa beliau yang telah membuatkan saya jatuh cinta & belajar cara membuat dari beliau… Moga bermanafaat buat semua & selamat mencuba…
Cara buat ada pada setiap gambar
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)…
Sumber : Aine Azren

Bahan-bahan:
✔️ Ikan bilis/udang kertas
✔️ Kacang panjang (potong pendek)
✔️ Tauhu, tempe (dadu)
✔️ Cili merah, hijau, bawang besar, halia, bawang putih (hiris halus)
✔️ Soun (rendam)
✔️ Sedikit pati santan
✔️ Kicap
✔️ Garam, perasa
✔️ Minyak untuk menggoreng

Goreng semua tauhu, tempe, cili hijau merah, ikan bilis/udang hingga kekuningan & toskan minyak

Goreng bawang & halia hingga garing…
Masukkan bahan yang di goreng awal tadi & gaul rata…
Masukkan suhun, santan, garam & perasa… 
Suhun tu celur sikit yer..

Gaul rata..

Renjiskan 3-4 renjisan kicap gaul & rasakan…
Siap..!!!
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017